Tentang Kami

Pusat Rawatan Islam Al-Hikmah menyediakan khidmat ikhtiar rawatan Islam dan bimbingan rohani secara jarak jauh berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sejak tahun 2012, pelbagai individu dan keluarga telah mendapatkan khidmat serta bimbingan melalui pendekatan yang menekankan doa, amalan kerohanian, ruqyah syariah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perkhidmatan ini bukan sahaja dimanfaatkan oleh masyarakat di Malaysia, malah turut mendapat kepercayaan pelanggan dari Indonesia, Hong Kong, Arab Saudi dan Ireland.

Perjalanan dan Latar Belakang

Khidmat ini mula dikenali oleh masyarakat sekitar tahun 2012 melalui perkongsian dan bantuan yang diberikan di beberapa platform komuniti internet. Antara platform yang banyak menjadi rujukan ketika itu ialah forum Carigold, di mana saya menggunakan nama pengguna “Akubukandukun”.

Nama tersebut dipilih kerana ia menggambarkan pendirian dan prinsip yang saya pegang sejak awal, iaitu membantu masyarakat melalui ikhtiar yang berlandaskan ajaran Islam tanpa melibatkan amalan yang bercanggah dengan syariat.

Sehingga hari ini, prinsip tersebut terus menjadi pegangan utama dalam setiap bentuk bimbingan, perkongsian ilmu dan khidmat yang diberikan.

Mengapa Rawatan Dilaksanakan Secara Jarak Jauh?

Pusat Rawatan Islam Al-Hikmah memberi tumpuan kepada khidmat rawatan dan bimbingan rohani secara jarak jauh bagi memudahkan pelanggan mendapatkan ikhtiar rawatan tanpa perlu melakukan perjalanan yang jauh, mengambil cuti kerja atau menanggung kos tambahan.